AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN
1439H
Beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut
Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita?
Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak
kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan
mengalu-alukannya.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak
kelebihannya.
Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu
malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga,
menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada
manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.
Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di
mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu
di bulan-bulan yang lain.
Allahumma
Ballighna Ramadhan – merupakan doa dan harapan.
Menjadi
tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan
Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka).
Kita
mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu
tanpa dimanfaatkan.
Maka
bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini?
MARI KITA REBUT PELUANG INI!
· Pertama
kalinya, kita sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran
Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita
tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk
mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita
tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
· Menyemak
semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan
perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
· Mengambil
tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca
al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah
juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan
dengan puasa.
· Menanamkan
keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal
ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi
benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala :)
· Sentiasa
berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
· Mujahadah
untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun
malam di bulan Ramadhan
· Menjaga
lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak
cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin
banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
· Mengingatkan
orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
· Membuat
semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas
Para
sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti
Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa
mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya.
Kemudiannya,
enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya
Ramadhan.
Saudara
dan saudari yang mulia, bagaimanakah kita?
Oh ya untuk bulan puasa ni, memandangkan sarapan diganti sahur, maka set di bawah ni sangat bagus untuk di'consume' seisi keluarga. Kebaikan set ini :-
- Bertenaga sepanjang hari
- Membantu dan meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
- Memelihara kesihatan secara menyeluruh
- Membantu dalam masalah gastrik yang selalu dihadapi ketika berpuasa
bukan ini sahaja, vitamin lain seperti b complex, vitamin c, vitalea, ostematrix, omega guard iaitu vitamin utk ibu mengandung, saya tetap amik secara konsisten juga.. vitamin ini juga membantu saya kekal bertenaga..
Mudah-mudahan, kita semua telah bersedia untuk menyambut bulan ramadhan yea..
Shaklee Agen ID : 1250777 @ www.mereeshoppe.wasap.my
Homestay kami masih boleh didiami...boleh buat tempahan seperti biasa ya..


Comments
Post a Comment