Tanpa diragukan, Mee Besen Original Melaka sememangnya tempat makan best di Melaka yang harus dikunjungi.Terkini ! Bukan sekadar mee besen, terdapat juga beberapa menu lain yang harus dicuba seperti Talam Western, Talam Dua Muka dan Shell Out. Harga disini berpatutan untuk pelanggan yang dalam kategori budget dan pelahap (range harga: RM 7 – 50/hidangan).
Dicadangkan pembaca untuk membawa 2-3 rakan/keluarga disebabkan saiz hidangan di sini yang agak besar. Mati weyh makan sorg ! Tambahan, dengan budget RM10.00/pax pembaca akan puas hati dengan makanan sedap, layanan yang baik, cantik (ehem.. ehem..) dan bersih.
Highlight disini ialah Talam Western (RM 35.00), sangat berbaloi dan sedap sangat ! p/s: Digalakkan untuk datang sebelum jam 4.30pm untuk mengelakkan terpaksa menunggu giliran sekurang-kurangnya 30min.
Tak pernah dengar? Inilah yang admin katakan terkini dan mengejutkan ! Chicken chop yang hanya berharga RM 5.90 dan sangat puas hati. Kenapa? Sedap. Lazat. Enak.Kebanyakkan rakyat negeri Melaka pun tak tahu mengenai kedai ini.
Disebabkan kedai ini yang berdekatan dengan Masjid Putih (Masjid Tun Syed Ahmad Al Haj) yang terletak di kawasan istana Melaka, maka admin terjumpa kedai ini. Mungkin Sultan Melaka fans admin betapa kat sini. hahaha. ;p Masjid ini menjadi tumpuan solat jumaat bagi pelajar UTeM dan pekerja AEON lama Melaka.
Mungkin harganya bersahaja menjadikan ia tempat makan best di Melaka . Overall, kedai bersih, layanan pantas dan sedap.
Asam pedas yang merupakan simbolik makanan bagi Melaka dan tempat makan best di Melaka . Kenapa? Keunikan cara masak dan rasanya berbanding asam pedas di negeri lain. Pasti anda tidak akan kecewa untuk mencubanya. Asam pedas claypot Kota Laksamana telah sememangnya terkenal dan sentiasa menjadi “word of mouth” penduduk negeri Melaka mahupun negeri lain.
Admin pun terkejut pada awalnya kerana hidangan ini datang dalam bentuk satu set bersama telur masin dan sayur kubis. Telur masin yang pada awalnya seperti pelik tetapi apabila dirasa, kulit telur je admin tak makan ! hahaha. Selepas makan disini pembaca boleh bersiar-siar di sekitar bandar Melaka .
Hidangan berharga RM10/set dan ada pilihan lauk seperti ikan kembung, telur ikan, ikan pari dan lain-lain. Overall, kedai bersih, harga berpatutan dan layanan servis yang cepat.
Roti Selimut? Roti? Selimut? Ya betul, Roti Selimut. Pasti ramai yang tidak pernah hidangan ini atau lebih tepat kedai yang membuatnya. Mungkin namanya tidak terkenal seperti mana-mana kedai makanan lain tapi admin jamin yang pembaca akan berpuas hati dengan keenakan rasa Roti Selimut yang unik ini dan akan menjadi senarai dalam tempat makan best di Melaka .
Keunikan dan keistimewaan roti selimut ialah rotinya dibalut dengan telur dan isinya dipenuhi dengan isi ayam dan sardin. Mantap dan padat! Roti Selimut ini berharga RM5.00/keping dan admin yakin pembaca tidak akan menyesal disebabkan sebab yang ditulis di atas.
Turut menjadi hidangan istimewa disini ialah Roti Welding. Hahaha. Pelik kan? Tapi ini lah tempat makan menarik di Melaka yang terkini. Roti welding mempunyai isi yang tebal juga tetapi tidak mempunya telur yang membalutinya. Harga Roti Welding ialah RM4.00/keping
Bagi peminat air batu campur, Big Bowl akan jadi destinasi yang anda akan jatuh cinta. Big Bowl merupakan franchise yang berasal dari Taiwan. Jangan risau ia halal. Big Bowl berjaya meninovasi ABC yang sebelum ini hanya sekadar jagung,kacang dan susu cair tapi Big Bowl memberikan kelainan dengan campuran buah-buahan segar, manisan yang menarik dan bijirin yang sihat.
Terdapat pelbagai jenis saiz dan perisa, pengunjung biasanya akan memilih highlight di sini iaitu Mango Ice Shave di mana potongan buah manga akan dihias di atas ais shave. Turut menarik di sini ialah terdapat hidangan air batu campur ini yang berskala besar. Sangat besar! Pengunjung boleh menyahut cabaran Big Bowl dengan menghabiskan Big Bowl besar ini dalam masa yang ditetapkan.
Pengunjung yg ada masalah gigi sensitive tak digalakkan datang ke sini disebabkan takut simptom murung akan berlaku kerana tak dapat makan di Big Bowl Ice. Hahaha. Overall perkhidmatan mereka cekap dan laju. Kedai selesa dan bersih. Cuma harga agak sedikit mahal. Tips ialah, beli satu je dan kongsi bersama-sama kawan-kawan atau keluarga.
Inilah juga boleh menjadi satu daripada tarikan tempat makan best di Melaka . Perjalanan dari Shah Alam yang tak sampai 1 jam 25 min akan membuatkan anda rasa berbaloi dengan Royal Mango Shake ini. Bermula dengan beberapa idea daripada sekumpulan anak muda untuk membuka gerai yang menjual mango shake lain daripada yang lain ada di Melaka seperti coconut shake membuahkan hasil.
Rasanya yang sedap dan menarik disebabkan ketulan-ketulan manga dan aiskrim vanilla yang menjadi topping kepada mango shake ini. Rasanya taknak explain banyak dan anda boleh dating sendiri di sini untuk menikmati mango shake ini.
Lokasi mango shake ini mungkin sukar untuk anda cari sekiranya pertama kali dating ke Melaka. Landmark yang anda boleh cari ialah IPK Melaka atau pangsapuri Sg Putat. Buat makluman pembaca, anda mungkin akan kena beratur yang panjang untuk medapatkan mango shake ini. Overall, sedap dan puas hati.
Merupakan antara pilihan yang top tempat makan best di Melaka untuk penggemar ikan bakar yang ada di Melaka. Terletak di Crystal Bay, Alai. Kenapa Crystal Bay saya pun tak tahu tapi mungkin disebabkan tempatnya yang betul-betul menghadap laut selat Melaka. Untung orang tinggal di sini. Daripada sini anda berhampiran dengan Bandar Melaka dan Sekolah Henry Gurney, Ayer Molek.
Terdapat banyak pilihan makanan laut segar di sini:
Ikan Kerapu
Ikan siakap
Kepah / siput buluh / pepahat
Sotong dan ketam
Pilihan admin ialah sotong goring tepung. Leleh weyhh makan ! Rasanya pengunjung boleh tangguh dulu untuk ke Terengganu untuk merasai sotong goring tepung yang sedap kerana di sini juga sedap. Pengunjung boleh pilih mana-mana kedai di sekitar situ dan pilihan kami ialah gerai yang pertama dari jalan masuk. Boleh pilih sama ada nasi putih atau nasi lemak bungkus dan yang penting kena makan bersama sambal kicap. Overall, bersih, sedap dan tempoh menunggu yang tak berapa nak lama dan bergantung kepada jenis masakan yang anda pilih.
Tanpa perlu diragu lagi, di sini ialah tempat makanan untuk roti naan yang terbaik. Kedai yang telah dikunjungi oleh ramai pihak termasuk orang kenamaan, artis dan media massa untuk tempat makan best di Melaka . Terletak berhampiran dengan Asam Pedas Claypot Kota Laksamana mungkin akan menjadi pilihan anda selepas makan berat dan ingin berehat santai di sini sambil mendengar muzik daripada kumpulan busker.
Makanan yang menarik disini ialah:
Roti naan cheese bawang
Roti naan double cheese
Ayam tandoori
Pilihan admin ialah ayam tandoori dan roti naan double cheese. Memang sedap ayam dan roti. Ayam tandoori disini memang telah menjadi kegemaran penduduk di Melaka. Rotinya lembut dan cheese dia memang wujud. Bukan apa, kami telah review di beberapa kedai lain dan roti nan cheese yang lain hanya ada cheese yang sedikit di tengah. Overall, tempat best nak lepak, sedap dan luas.
Mungkin ramai yang kurang bersetuju dengan pilihan penulis tetapi Batu Berendam Coconut Shake adalah tempat makan best di Melaka untuk mendapatkan Coconut Shake yang terbaik dan sedap. Mudah kami katakan terbaik disebabkan air kelapanya yang segar, aiskrim yang digunakan sedap dan berkualiti (Walls) serta tidak kedekut dengan toping aiskrim.
Selain itu disini terdapat beberapa makanan lain yang bagus untuk bersantai bersama seisi keluarga:
Yong Tau Fu
Laksa Penang
Keria Gula Melaka
Maaf kami memang cerewet macam mak mertua anda! Tapi apa kami boleh katakana sup dan sambal Yong Tau Fu tuh memang sedap walaupun harganya agak mahal tapi berbaloi. Boleh cuba juga sotong kangkung. Overall disini, kedai luas, bersih dan servis yang cepat.
Waktu operasi: 10am-10pm (KECUALI Ahad sampai 3pm)
Antarabangsa? Memang level antarabangsa ke? Ya, memang level itu tahap sedap dan beratur untuk giliran! Tak mengapa jangan risau, kami akan bantu anda untuk dapatkan keria antarabangsa yang sedap ini dengan cepat tanpa perlu beratur ke tempat makan best di Melaka ini. Hehehe
Kombinasi gula Melaka dan keria yang disini memang sedap mungkin disebabkan pembuatnya yang mahir. Di sekitar Melaka memang banyak gerai yang menjual Keria gula Melaka tapi kami bagi jaminan memang tiada tempat lain yang standing denganya.
Cara untuk mudah mendapatkannya ialah anda boleh hubungi nombor telefen di bawah dan beritahu berapa biji yang anda ingin tempeh. Pastikan tempah masa dah masuk tol Ayer Keroh ataupun Alor Gajah eyh. Jangan sampai kedai baru nak call whatsapp nak tempeh. Kalau dah tempeh tuh takkan nak beli 5 biji je. Dia pun ada customer yang dah tempah sehingga lebih 20 biji. Biasanya tempahan hendaklah di ambil di rumah Kak Zura. Tips disini ialah pastikan perut anda kenyang kalau nak beratur beli sebab memang PANJANG! Selesai beli keria antarabangsa anda boleh bersiar-siar di Pantai Klebang atau menuju ke Bandar Melaka mengguanakan jalan baru (masuk melalui Pantai Klebang) yang kurang sesak.
Menarik ke? Ya sangat menarik. Nasi disini sangat sedap dan sebutir-sebutir. Kedai yang telah mendapat liputan menarik dari Jalan Jalan Cari Makan ini memang layak untuk dikatakan TERBAIK untuk tempat makan best di Melaka . Yang paling menarik nasi beriyani disini adalah PERCUMA!
Pengunjung hanyalah dikehendaki membayar harga lauk dan minuman. Jika anda membuat pesanan hanya nasi beriyani dan air kosong, percayalah ianya percuma. Hj Tamby caka[ bersedekah tidak akan menjadikan kita miskin. Menu lain yang menarik disini:
Aroma nasi beriani roket memang membuatkan bau wangi nasi dan keenakan daging kambing akan memenuhi setiap deria rasa anda. Bagi mereka yang suka akan sukatan atau ‘potion’ yang banyak untuk setiap hidangan, disini menjadi tempat yang tepat untuk menjamu selera. “WOW” factor disini ialah kambingnya yang lembut dan ayamnya yang besar membuatkan rata-rata para pengunjung disini berpuas hati. kami datang kesini setelah melihat hampir kesemua review di Facebook comment page Nasi Beriani Roket memberikan komen negatif. Tak dinafikan ada yang memberikan negatif tapi manusia tidak sempurna. Yang penting kunjungan kami kesini amat berbaloi sebagai tempat makan best di Melaka . Dibawah merupakan senarai menu dan harga.
Nasi Beriani Ayam Qoterr RM8
Nasi Beriani Ayam Goreng Rempah RM8
Nasi Beriani Ayam Salamon RM8 (sabtu n ahad shj)
Nasi Beriani Kambing Gear Box RM12
Nasi Beriani Daging Holland RM8
Waktu operasi: 11.30am-7pm (Dibuka setiap hari KECUALI Khamis)
Comments
Post a Comment