Assalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Syukur Alhamdulillah
dengan limpah rahmat dan hidayah Allah S.W.T kita semua sekali lagi ditemukan
dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak 1437H.
Salam Ramadhan
Kareem. Sesungguhnya Ramadhan sentiasa membuka lembaran baru buat umat Islam di
seluruh dunia. Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang mana Allah S.W.T telah
memberi pelbagai kelebihan dari segi ibadat kepada umat Islam, untuk
meningkatkan amal dan takwa. Saya menyarankan agar semua muslimin dan muslimat dapat
hadir ke masjid-masjid dan surau-surau untuk mengimarahkan lagi suasana di
bulan Ramadhan yang penuh pengisian ilmu dan amal ibadat. Sama-sama juga kita
memanjatkan doa agar diberikan rahmat dan hidayahNya untuk bertemu dengan malam
Lailatul Qadar iaitu malam seribu bulan dalam 10 malam terakhir.
Bulan Ramadhan
juga adalah bulan yang sesuai untuk kita memperbanyakkan sedekah, amal jariah
dan mengeluarkan zakat terutama kepada golongan yang memerlukan. Kita semua sewajarnya bersyukur kerana kita
dapat menjalani ibadah puasa dalam suasana yang aman dan sejahtera berbanding
dengan saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan Iraq yang menjalani ibadah
puasa dalam keadaan kesengsaraan dan serba kekurangan akibat bencana perang.
Kita doakan semoga mereka berada dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T. Diharap
kebersamaan melakukan amal ibadah ini akan memantapkan lagi jati diri,
kedisiplinan dan mengutuhkan ukhwah sebagai khalifah Allah di atas muka bumi
bertuah ini. Lakukanlah islah diri, tingkatkan iltizam bagi kesinambungan kuasa
orang Melayu di negara tercinta.
Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa.
Dalam kelembutan lidah,ada keterlanjuran kata.
Dalam gurau dan senda,ada khilaf dan dosa.
Harap dimaafi segala-segalanya.
Dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa.
Dalam kelembutan lidah,ada keterlanjuran kata.
Dalam gurau dan senda,ada khilaf dan dosa.
Harap dimaafi segala-segalanya.
Akhir kata, semoga segala amal ibadah, puasa dan sedekah
jariah yang kita laksanakan dibulan yang mulia ini akan diterima dan mendapat
keredhaan serta ganjaran dari Allah Azzah Wajalla.
Sekian
p/s : bagi yang nak tempah homestay di musim raya tuh...moh cepat booking...buku booking kami dah nk penuh...T_T

Comments
Post a Comment