Melaka April 2016


Memandangkan kami ni memang duduk di Melaka. Maka mami nak kongsi dengan semua reader (macam banyak je reader tu yer.. Kihkihkih) tempat-tempat menarik sepanjang tahun 2015-2016 yang ibu ayah semua boleh lawati. Banyak taw sebenarnya tempat menarik kat sini.

Maklumla BANDARAYA WARISAN DUNIA. Semua memang dah tahu kan Melaka merupakan Bandaraya Bersejarah. Jadi banyak tapak-tapak tinggalan sejarah yang mana susah untuk anda temui di negeri-negeri lain. Kedudukan Melaka di persisiran pantai juga menjadikan Melaka sebuah negeri yang sangat unik. Jom terjah tempat menarik di MELAKA yang anda boleh lawati.

1. INFLATABLE WATER PARK JASIN


Taman rekreasi air panas Jasin ini merupakan satu destinasi istirehat yang perlu dikunjungi sekiranya anda berkunjung ke Melaka. Anak-anak anda yang dah selesai peperiksaan tu tentu seronok jika dibawa ke sini. Mana tak nya mereka dapat berseronok mandi manda.


Taman rekreasi ni terbahagi kepada banyak seksyen. Ada bahagian koalm air sejuk dan ada bahagian kolam air panas. Air panas ini dihasilkan dari air mineral semualjadi iaitu air mineral suam tinggi sulfur putih beralkali. Ia dikatakan dapat menyihatkan tubuh badan keran keupayaan nya untuk mencantikkan kulit, menyembuhkan penyakit kulit dan menghilangkan tekanan.


Harga tiket masuk yang dikenakan ialah RM6 untuk pengunjung dewasa dan RM3 untuk pengunjung kanak-kanak. Waktu operasi pula adalah seawal jam 9 pagi dan tutup pada jam 12 malam. 

2. ZOO MELAKA & NIGHT SAFARI

Zoo Melaka merupakan sebuah zoo yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan merupakan ZOO KEDUA TERBESAR di Malaysia. Mesti anda akan rasa boring kan pergi Zoo ni. But believe me. Saya dah masuk beberapa kali ke sini dah setiap kali tu saya akan rasa seronok. Selain layout perjalanan dalam zoo yang menarik, binatang-binatang yang dipelihara juga punya tarikan tersendiri. Jangan main-main jalan-jalan dalam ni taw. Silap-silap kena tour satu hari baru habis pusing. Oh ye. Zoo Melaka ni juga ada night safari. Tak payah pergi jauh-jauh nak pergi Night Safari. Best kan.

3. MASBRO VILLAGE, PAYA RUMPUT

Salah satu homestay yang menarik di Melaka ini ialah MASBRO VILLAGE yang terletak di paya rumput. Jika anda masuk ke melaka melalui tol Simpang Ampat menuju ke Bandar Melaka, anda dapat melihat homestay ini di sebelah kanan jalan sebelum tiba di lampu isyarat Tesco Cheng. Homestay ini boleh memuatkan sehingga 6 orang untuk satu rumah. Jarak antara homestay ini ke bandar melaka pula hanya 7 kilometer sahaja. Sekali pandang nampak seperti di luar negara kan.Datang untuk tangkap gambar sahaja.....hihihi


Interior design Masbro Village

4. MAGIC ART 3D MUSEUM

The latest attraction Magic Art 3D Museum @ Bayou Lagoon Park Resort. Promosi pembukaan dengan harga masuk RM 15.00 untuk Dewasa manakala RM 12.00 untuk Kanak-Kanak/ Warga Emas.

Waktu Operasi
Isnin - Khamis : 9pg - 7mlm
Jumaat - Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah : 9pg - 9mlm


Magic Art Museum Sdn Bhd
G19, Bayou Square
Jalan Wakaf Utama, 
Bukit Katil, 75450 Melaka
No tel: 06 -23 11 604

5. SKY TOWER THE SHORE

Sebenarnya sky tower ni terletak di shopping complex terbaru di Melaka iaitu The Shore. Nama pon The Shore kan. Memang kompleks ini terletak bersebelahan dengan Sungai Melaka. Anda dapat melihat bangunan ini jika menaiki river cruise menyulusuri Sungai Melaka.


The Shore ni nak kata shopping complex pon ye, hotel pon ye, apartment pon ye. Meh saya belanja gambar dulu la. Memang syokk.




  
Ha.. Macam mana okay tak tempat-tempat tu semua. Ini bukan calang-calang tempat taw. Tempat ni di suggest oleh orang Melaka taw. Dijamin seronok. Heheheh Selamat bercuti kepada semua anak-anak. Terutamnya yang baru lepas exam tu. Mak ayah pon tumpang berehat sekali yek..

Meh nak iklan sikit....
Tengok IG/ FB @mereeshoppe

Waja (M) 2005 - RM 18,000

Comments