Sejak bertahun-tahun hamba berkelana di Bumi Hang Tuah ini,
telah banyak perubahan dan perbezaan telah berlaku.. baik dari segi
insfrstukturnya dan kemodenannnya..
Namun tempat menarik dan wajib dikunjungi setiap kali
bertandang ke Bumi Melaka ini juga kian bertambah.Keunikan dari segi kedai dan
tempat makanan juga kian bertamabah dan semestinya mencari tempat makanan yang
sedap atau susah didapati di tempat lain.
Pada saya, jika anda telah berkunjung ke Melaka lebih 4
tahun yang sudah, maka anda perlu dtg semula ke Melaka utk melihat sendiri
perbezaan dari sebelum ini.. anda akan mengetahui dengan entri yg akan saya
ceritakan dalam blog ini..
Masjid Kg Hulu – Masjid ini dibina pada tahun 1728 semasa zaman pemerintahan Belanda.
Merupakan masjid tertua di Negara ini. Senibinanya yang unik adalah gabungan
unit Sumatera, Hindu dan seni bina Barat.
Homestay Limastiga Umbai – private homestay bertaraf 5
bintang. Sesuai untuk reunion dan gathering kawan-kawan lama dan keluarga.
Berdekatan dengan restoran makanan laut Umbai.
Masbro Village – Bagaikan berada di Australia kerana keunikan chaletnya. Bolehla datang bergambar..
Desa Balqis Kuala Linggi – Kesemua 10 rumah yang ada di sana diberikan nama seperti panggilan pada pakcik dan makcik kita. Ia termasuk Pak Long, Pak Ngah, Balqis, Mama Penghulu, Pakcik, Adik & Kakak, Nenek, Atuk, Pak Ndak.
The Hut, Serkam – chalet-chalet dibina dengan suasana kampong yang cukup indah. Masih mengekalkan ciri-ciri tradisional, atap-atap chalet ini juga menggunakan atap nipah.
Melaka Wonderland, Ayer Keroh - merupakan taman tema air yg terbaru. Ringkas dan harga mampu bayar.
Waktu Operasi : 9:00 pg - 7:00 ptg
Bayaran : RM 20 (Dewasa) RM 15 (Kanak-Kanak)
Waktu Operasi : 9:00 pg - 7:00 ptg
Bayaran : RM 20 (Dewasa) RM 15 (Kanak-Kanak)
International
Gold Coast – taman tema air bersebelahan Melaka Wonderland yang baru sahaja
diubah suai dengan promosi yang lebih menarik
Melaka Duck Tours Eye on Melaka, Melaka River Cruise and Menara Taming Sari are the recent tourist attractions that offers something different and from a different perspective apart from the usual heritages, cultures, architectures and sightseeing. Melaka Duck Tour has the same objective as well, to allow tourists to experience and view what Malacca has to offer on land and sea by touring the city with the amphibious vehicle.
Kapal Selam yg tidak lagi boleh menyelam - (Dibuka dan dinaikkan ke darat kira-kira bbrp tahun yang lepas)
Waktu Lawatan : 9:00 pg - 5:30 ptg
Bayaran : RM 3 (Dewasa) RM 1 (Kanak-Kanak)
Normal Ticket
| Adult | RM38 |
| Children (Age 1 to Age 12 and below) | RM22 |
| Secondary School Students (Age 13 to Age 18 and below) | RM27 |
| Senior Citizen (Age 55 and above) (Malaysian only) | RM27 |
| Disabled Privillaged - Adult (Age 13 and above) | RM20 |
| Disabled Privillaged - Child (Age 12 and below) | RM10 |
Kapal Selam yg tidak lagi boleh menyelam - (Dibuka dan dinaikkan ke darat kira-kira bbrp tahun yang lepas)
Waktu Lawatan : 9:00 pg - 5:30 ptg
Bayaran : RM 3 (Dewasa) RM 1 (Kanak-Kanak)
Dinosur Park (sebelah
Melaka Wonderland) - Baru dibuka pertengahan tahun 2012. Anda dan anak anda
boleh merasai debaran jika Dinosur betul2 berada dihadapan anda.. dengan
teknologi, replika dan suara yang menyerupai dinosur, anda harus merasai
kegerunan dan debaran dengan Dinasour seakan Real ini..
Taman Burung terbesar di Asia, Ayer Keroh - Baru di buka bulan April 2013, terletak di Taman
Botanikal, Ayer Keroh Melaka..Merupakan Taman Burung terbesar di Asia.. memang
besar, pelbagai spesis burung ada, anda juga blh memberi makan pada
burung-burung yg jinak serta memegang dan bergambar dengan antara burung yang
terdapat di sini.
Taman Buaya, Ayer Keroh - Taman Buaya kini telah berwajah baru, tidak membosankan lagi seperti dahulu.. anda dapat melihat perbezaannya. Antaranya bangunan mini yang mashur di Malaysia ini.. seperti Bangunan Tugu Negara, Bangunan Putrajaya, Menara KLCC, Bangunan Parlimen,Tugu Kota A Famosa, Muzium Melaka dan sebagainya. Taman Buaya juga mempunyai Taman Mini Air sekali. jika lepas puas berjalan di dalam, bolehlah bawa anak anda untuk mandi sekali di taman mini Air di dalam Taman Buaya ini..Dan paling penting, anda tidak perlu risau kerana anda tidak mandi dengan buaya pn kerana semua buaya berada di sangkarnya sendiri, dan jauh berasingan. Kedua harga tiket masuk ke taman ini merangkumi sekali dengan taman Mini Air ini. :)
Taman Mini Malaysia dan Asean, Ayer Keroh - Baru dibuka semula pada akhir 2012, Setelah 2-3 tahun ditutup untuk direnovasi dan ditransformasi, kini taman Mini Malaysia berwajah baru, bersih dan lebih menarik..
Zoo Melaka – Apa yang menarik kat sini? Taman Zoologi 54 ekar yang
terletak dekat dengan lebuhraya Ayer Keroh di Bandar Ayer Keroh. Lebih daripada
1200 haiwan daripada 215 spesies boleh didapati di Zoo Melaka. Disini juga ada
night safari.
Freeport A'Famosa Outlet - If you are coming from Kuala
Lumpur, take Lebuhraya Utara-Selatan/E2 to Lebuh AMJ/Route 19 in Kampung Taboh,
Alor Gajah. Take exit 227-Simpang Ampat from Lebuhraya Utara-Selatan/AH2/E2.
Continue on Lebuh AMJ/Route 19 to Freeport A’Famosa. It will take you approximately
1 hours and 25 minutes to reach here. The distance between Kuala Lumpur and
Freeport A’Famosa is about 116km.
Dataran 1Malaysia Klebang, Jalan Klebang Besar, 75200 Melaka - Orang ramai pasti teruja melihat deretan restoran bas yang disusun oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sepanjang laluan memasuki Dataran 1Malaysia Klebang. Keunikannya, bas-bas lama itu dijadikan restoran tanpa mengubah fizikal dan cat asal kecuali bahagian dalam.Di dalam bas itu juga, pemilik premis memasak untuk pelanggan, selain ada bas menyediakan meja dan kerusi jika ada pelanggan ingin menikmati juadah. Restoran bas yang menghadap laut Selat Melaka itu ternyata menambah daya tarikan di kawasan tersebut.Tidak hanya menjamu selera di restoran bas, malah lebih mencuri perhatian adalah penginapan di dalam bas atau lebih dikenali sebagai Bastel. Menambah nilai kawasan itu adalah perkhidmatan kereta kuda, jentera lasak ATV, beca dan permainan layang-layang.Tidak jauh dari Dataran 1Malaysia Klebang, terdapat Muzium Kapal Selam yang kini boleh dimasuki orang ramai.Dalam pada itu, beberapa premis perniagaan sedang dibangunkan berhampiran Dataran 1Malaysia Klebang bagi menambah tarikan orang ramai.Tidak hairanlah, dataran berkenaan kini kembali menjadi tumpuan orang ramai khususnya hujung minggu dan cuti umum.
Coconut shake Batu Berendam & Pantai Klebang – lepaskan dahaga dengan air kelapa blog dengan pilihan aiskrim dan coklat tabur. Ada juga pilihan 2 kedai bergantung kepada jauh kedai dengan tempat bermalam dan jika terlalu ramai orang beratur dan tutup awal.




















Comments
Post a Comment